Friday, 14 September 2012

Umur Manusia Itu Lebih Dari Satu


Telah kita katahui bahwa segala yang ada di dunia ini mempunyai umur. Umur bukan sahaja terbatas pada makhluk yang bernama manusia sahaja, malah segala yang ada di sekeliling kita ini mempunyai umur, tidak kira ia adalah ciptaan Allah SWT walaupun ciptaan manusia. Dari ciptaan Allah SAW seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan malah bumi yang kita sedang duduki ini juga mempunyai umurnya tersendiri. Tidak terlepas juga dengan ciptaan manusia seperti kereta, perabut, bangunan serta jahit-jahitan juga mempunyai umurnya tersendiri.

Di sini penulis tidaklah kamu berkongsi tentang jangka hayat semua yang tertera di rangkap atas, tetapi ingin berkongis terhadap umur seorang manusia itu lebih dari satu sudut. Sering kali di dalam kehidupan kita, setelah genap setahun pada tanggal kelahiran kita, pasti keluarga dan rakan handai kita mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat kita, yang mana di dalam fikiran kita juga di fikiran orang biasa menganggap kita sudah meningkat usia. Inilah yang sering di bayangan kita bahwa umur kita adalah bergantung pada sisi saban tahun kita hidup mengikut ukuran hari dan masa. Perlu di ingatkan bahwa umur hakikat bagi manusia mempunyai beberapa sudut pandang.


Jelas bahwa semakin lama kita hidup, semakin tinggi umur kita. Hari ini penulis mahu berkongsi sedikit mengenai umur-umur yang ada di dalam setiap manusia itu sendiri. Di dalam kehidupan manusia mempunyai tiga bentuk umur yang berbeza, yangmana kesemuanya penting buat seseorang itu matang dalam kehidupan. Yang pertama umur yang biasa kita ketahui adalah umur biologis, iaitu umur yang di ukur mengikut saban tahun manusia itu hidup. Umur yang kedua yang ada di dalam diri seorang manusia itu adalah umur intelektual, ianya umur akal fikiran kita. Umur intelektual ini di ukur dengan kebijakan dan kreatif dalam daya berfikir. Manakala umur yang terakhir adalah umur diplomatis, yang mana ini adalah umur pengalaman. Umur pengalaman ini terjadi apabila seseorang itu mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap perjalanan kehidupan dia seharian yang penuh dengan cabaran.

Justeru itu sebagai seorang manusia haruslah mengetahui bahwa di dalam kehidupan ini manusia mempunyai tiga umur yang mana setiapnyer harus di ambil kira untuk menjadi seorang yang proaktif, produktif, profesional serta inovasi. Oleh itu setiap manusia perlu mengukur setiap umur-umur yang ada di dalam kehidupan beliau sendiri untuk mengetahui dimanakah tahap kematangan hidupnya. Jika umur intelektual lebih tinggi dari umur biologis, ia sudah mencapai tahapan yang bagus dalam kehidupannya, tetapi perlu di ingatkan bahwa ilmu atau toeri tidak bermakna jika tiadanya praktik, maka umur intelektual itu haruslah sama tinggi dengan umur diplomatis (pengalaman).


Sekian dari penulis, mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita sebagai ummat islam yang bertanggungjawab selalu ingin meningkatkan umur intelektual serta umur diplomatis dengan acuan islami. Oleh itu penulis mengucapkan selamat berjuang dalam kehidupan kerana Allah dan cintanya kepada Rasulullah serta untuk ummat yang tersayang. 

No comments:

Post a Comment