Tuesday, 16 October 2012

Apa Ada Dengan Iman



Apakah yang dimaksudkan dengan iman. Seringkali kita mendengarkan orang malungkan kata-kata iman di dalam kehidupan kita. Adakah diantara kita yang sering melaung-laungkan perkataan iman atau beriman itu telah tahu apa itu iman. Disinilah menjadi persoalan buat penulis. Dan persoalan ini juga seringkali membuat penulis tertanya-tanya. Dalam diam, penulis mencapai buku di rak bilik, lalu membaca beberapa helaian mengenai iman. Terdetik pula ingin menulis apa yang difahami dalam bacaan untuk tantapan seluruh saudara yang penuh penulis kasihi.

Sudah kita ketahui sebagai seorang muslim, rukun iman mempuyai enam rukun, yang mana lima darinya telah disebutkan di dalam al-quran dan satu bagi rukun yang keenam pula datang dari nas hadits Nabi swt. Semuanya adalah beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan qadar dan qadar. Inilah rukun iman. Tidaklah seorang yang mengaku dia beriman tetapi membuang salah satu rukun ini, hendaknya ia beriman kesemuanya dengan penuh rasa redho.
Iman adalah akar bagi agama, manakala amal sebagai pohon dan pahala bagi amal itu menjadi buah pohonya itu. Inilah falsafah agama islam. Kesemuanya terkait denga erat, tercicirnya salah satu unsur ini, pasti tidak menjadi lengkap. Contoh, jika akar pohon itu mati, pasti pohonnya akan kering dan tiada buah, jika pohonnya tidak kukuh, ia akan tumbang sujud ke bumi, jika akar dan pohonya tidak baik, maka buahnya tidak akan berbuah. Sungguh dengan itu, dari ketiga-tiga unsur ini, amatlah penting dijaga. Dan cara yang paling efektif dalam menanam sebuah pohon yang baik dan mahukan buah yang ranum rasanya, maka perlulah menjaga akarnya sebaik mungkin, kerana akar adalah punca segalanya. Itulah dia iman, ia adalah punca bagi seorang manusia. Tanpa iman, seorang manusia itu tidak bernilai di sisi Allah SWT.

Nabi Muhammad turun mengajarkan kita bagaimana beriman dengan benar. Bukanlah beriman sepertiama orang-orang jahiliah, yang percaya kepada pekara-pekara yang kurafat lagi dimurkai oleh Allah SWT. Hadirnya Rasulullah membawa cahaya buat ummat manusia, dimana manusia pada tika itu hidup di dalam kegelapan dan tidak pasti langkahnya, cukuplah mengenang kisah-kisah jahiliyah yang penuh kejijikan, tidak bertamadun, martabat manusia menjadi lebih rendah dari binatang. Datanganya Islam di ajarkan oleh Rasulullah menjadikan kita manusia yang penuh bermaruah dan punya harga diri.
Pekara yang pertama di sampaikan oleh Rasulullah adalah kalimah “la ila haillah, Muhammad darrasulullah”, dengan kalimat inilah manusia menjadi terpelihara. Inilah kalimah tauhid, dengan mengucapkan kalimah inilah seseorang itu menjadi beriman atau islam. Tetapi perlu di tegaskan di sini bahwa kalimah tauhid ini bukan hanya di ungkapkan sahaja, tetapi wajib di tasdiq (membenarkan) bersungguh-sungguh. Caranya, i’tiqad dengan hati dan disertai ikrar dengan amal. Disini jelas bahawa diantara membenarkan (rukun iman) dan amal (rukun islam) tidak akan terlepas dalam kehidupan seorang muslim. Inilah islam, yang mana di namakan islam itu adalah hidup di dalam peraturan Allah SWT. 
Persoalannya, adakah kita sebagai orang yang beriman ini merasakan rugi dalam kehidupan mengikuti paraturan Allah swt. Jawapannya jelas tidak apa yang merugikan, hanya kebahagiaan dan kebaikan mengikutinya, dengan hukum Allah kita hidup bahagia, kerana Dialah yang Maha Pencipta, Dialah yang mengetahui apa yang baik untuk kita. Hanya syaitan yang membisikkan untuk menyesatkan kita, sungguh syaitan sudah ada di dalam kerugian, dia mahu mengajak kita untuk berada bersama dia di akhirat kelak dalam kedudukan yang amat merugikan. 

Tepuklah dada, tanya iman, adakah kita sudah benar-benar beriman. Adakah kita mahu menjadi sebuah pohon yang akarnya tidak subur, dahannya rapuh dan buahnya pahit. Adakah pula kita mahu dibangkitkan di hari yang kelak dan abadi di dalam golongan-golongan yang rugi. Amat kesalilah seorang yang waras memilih keburukan buat dirinya yang penuh berharga. Sayangilah diri wahai manusia, wahai pemuda, wahai pemudi. Penulis berseru pada diri sendiri dan sahabat yang disayangi berimanlah dengan sebenar-benarnya. Salam melangkah kearah kebaikan J

No comments:

Post a Comment